KITAB SAHIH BUKHARI
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Puji syukur kehadrat Illahi Rabbi, kerana dengan izin-Nya kami dapat membangun blog terjemah Kitab Sahih Bukhari ini. Semoga dengan kehadiran blog ini, dapat membawa manfaat dan kemudahan bagi mereka yang ingin memepelajari hadis atau mencari rujukan kitab-kitab hadis. Sesunggguhnya blog koleksi hadis ini masih dalam pembinaan dan InsyaAllah akan kami ‘update’ secara berperingkat sesuai dengan kemampuan.
Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi hadis yang disusun oleh Imam Bukhari (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja’fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah.
Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik kerana Imam Bukhari menggunakan kriteria yang sangat ketat dalam memilih hadis-hadis peringkat paling sahih. Maka tidak hairanlah jika orang Islam ahli sunah wal-jamaah mengganggap Sahih Bukhari sebagai Kitab yang kedua paling murni selepas Kitabullah. Imam Bukhari menghabiskan waktu selama 16 tahun untuk menyusun koleksi ini dan menghasilkan 2,602 hadis dalam kitabnya (9,802 dengan perulangan). Semua hadis-hadis sahih disusun mengikut kategori berpautan dimana setiap satu kategori mewakili satu kitab.
Catatan:
Sahih Bukhari mempunyai 70 kitab menurut terjemahan Ahmad Sunarto dkk. Terdapat juga terjemahan yang mempunyai 77 kitab. Sedangkan menurut terjemahan M. Muhsin Khan, mempunyai 93 kitab.[1] Hal ini terjadi akibat beberapa perbezaan dalam pembahagian kitab. Misalnya Kitab Solat menurut terjemahan Ahmad Sunarto dkk[1] terbahagi sebagai dua kitab dalam terjemahan M. Muhsin Khan, iaitu Book of Prayers (Salat) dan Book of Virtues of the Prayer Hall (Sutra of the Musalla).[1]
Footnote:
1. (Inggeris) M. Muhsin Khan. Translation of Sahih Bukhari.
Sumber Rujukan:
1. http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sahih_Bukhari
2. http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hadis